Penantian itu,,,

Biar teratak hati ini sunyi tanpa pengunjung,kerana kunjungan mesra hanya dari kau yang tercipta untukku.

Sunday 22 May 2011

Kehilangan ...


Biarkan hilang semuanya , suaramu diawal pagi yang dahulu menggembirakan hati tidak kedengaran . Walaupun meriangkan seperti "kicauan burung di waktu pagi" , lebih bak kita berdiam diri, Jangan lah kedengaran suaramu lagi , seperti dahulu . Biar tiada la keriangan  dari "tinta pagi" yang selalu engkau ucapkan kerana tinta-tinta itu tidak lagi bermakna. Aku lebih tabah...

Biarkan hari Ini terluka



Jangan hampiri hati ini, seandainya engkau ,suatu hari nanti, mungkin melupakannya .Seperti embun pagi yang menanti  mentari ,  pasti suatu hari luka di hati akan sembuh sendiri dan jangan, kau hampiri lagi kerana kepercayaan itu sudah bukan lagi milikmu.Seandainya engkau mula tersedar,saat tersebut sudah terlambat kerana bukan sekadar sekelip mata persahabatan itu ,namun seperti masa terhenti,tiada guna lagi...Jangan.. Jangan hampiri lagi hati ini~

Umpama desiran pasir di waktu itu

Seperti berduka hati ini mencari ruang untuk melemparkan segalanya. Tidak mampu lagi menanggung semua ini , dan aku tertawa dalam kegembiraan .